Friday 23 March 2012

Qarin: Pendamping ? Jin? bgi setiap manusia







Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.


Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)

Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)

Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.

Bolehkah orang berjunub dan wanita haid masuk masjid?

Terlalu banyak pendapat orang awam dalam mencari jawapan kepada permasalahan ini dan ada kadangkalanya membawa kepada pergaduhan dan perpecahan kerana masing-masing ingin menang dalam menegakkan pendapat sendiri.
Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 43: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci.

Di sini jelas bahawa Allah melarang orang yang dalam keadaan junub yakni berhadas besar untuk masuk ke masjid sebelum mereka mandi hadas kecuali melalui atau melintas di dalamnya. Walaupun dalam ayat ini tidak dinyatakan ‘wanita haid’ secara khusus, namun haid adalah termasuk dalam kategori mereka yang berhadas besar dan tidak boleh menunaikan solat.
Di bawah pula ada beberapa hadith yang mahsyur di kalangan ulama’ yang membincangkannya.
1. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Aisyah r.a: Tolong ambilkan untukku selendang/serban yang berada di dalam masjid. Aisyah menjawab: Sekarang saya sedang haid. Baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya haid bukan di tanganmu.
(H.R. Muslim, Ibnu Majah dan Baihaqi)
Dalam hadith ini telah menjadi kefahaman Aisyah bahawa wanita haid dilarang untuk memasuki masjid. Lalu Nabi s.a.w mengatakan kepada Aisyah bahawa haid itu bukan di berada di tangannya sehingga ia tidak boleh mengambil apa yang Nabi s.a.w mintakan dengan lalu dan singgah sebentar di dalam masjid.
2. Maimunah r.ha pernah berkata: Salah seorang dari kami pernah membawa sejadah ke masjid lalu membentangkannya, padahal dia sedang haid.
(H.R. An-Nasa`i, Dr. Mustopha Diibul Bigha, Fiqih Syafi’i (At-Tahdzib), hal 77)
Dalam hadith ini pula mengatakan ada seorang wanita yang sedang dalam haid masuk ke masjid dengan membawa sejadah untuk tujuan membentangkannya.
3. Dari Ummu Salamah r.ha, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya masjid tidak dihalalkan bagi orang yang junub dan tidak juga bagi (wanita yang didatangi) haid.
(H.R. Ibn Majah, dalam Sunan Ibn Majah, Kitab al-Thaharah wa Sunaniha, Bab berkenaan tegahan (wanita yang didatangi) haid dari masjid, hadith no: 645, Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (tahqiq: Hamdi ‘Abd Al-Majid; Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut, tp.thn.), jld. 23, hadith no. 883)
Hadith di atas ni pula jelas mengatakan bahawa Nabi s.a.w melarang orang yang berjunub dan wanita yang sedang haid untuk masuk ke dalam masjid.
4. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku tidak menghalalkan masjid bagi (wanita yang didatangi) haid dan tidak (halal juga) bagi orang yang junub.
(H.R. Abu Daud dalam kitab Sunannya, hadith no: 220 (Kitab al-Thaharah, Bab berkenaan orang junub yang memasuki masjid), H.R. Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 2001), perawi no: 1710 (Bab Alif: Aflat bin Khalifah), H.R. Ibn Khuzaimah dalam Shahihnya (tahqiq: M. Musthafa al-‘Azhami; al-Maktab al-Islami, Beirut, 1996), hadith no: 600 (Kitab himpunan bab keutamaan masjid, Bab tegahan duduk bagi orang yang junub dan haid dalam masjid), H.R. Al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (tahqiq: M. ‘Abd al-Qadir ‘Atha; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1999), hadith no: 4323 (Kitab al-Solat, Bab orang junub melalui masjid dan tidak berdiam di dalamnya).
Seperti maksud yang sama dalam hadith sebelumnya, ia masih mengatakan bahawa orang berjunub dan wanita haid tidak dihalalkan masuk ke dalam masjid.
5. Dari Aisyah r.ha: (Terdapat) seorang hamba wanita berkulit hitam milik satu kaum bangsa Arab yang mereka bebaskan dan dia tinggal bersama mereka. Hamba itu berkata: Satu ketika anak perempuan mereka keluar dengan memakai selendang merah yang dibuat dari kulit dan dihiasi dengan batu permata. Dia meletakkannya, atau terjatuh, sehingga terbanglah seekor burung sedangkan selendang tersebut terletak di atas tanah. Burung itu menganggap selendang tersebut adalah seketul daging lalu ia menyambarnya. Lalu (kemudian) mereka mencari selendang tersebut namun tidak menemuinya. Akhirnya mereka menuduh aku yang mengambilnya. Mereka mulai mencarinya sehingga memeriksa kemaluannya. Demi Allah! Sungguh aku masih berdiri di kalangan mereka sehingga tiba-tiba terbanglah burung itu dan melemparkan selendang tersebut. Selendang tersebut jatuh tepat di antara mereka. Lalu aku berkata: Inilah selendang yang kalian tuduh aku mengambilnya padahal aku bersih dari semua tuduhan itu dan inilah selendang tersebut. Maka aku datang kepada Rasulullah s.a.w dan masuk Islam. Aisyah berkata: Sejak itu dia mendapat tempat tinggal berupa khemah atau bilik kecil berbumbung rendah di dalam masjid. Hamba itu biasa mendatangiku dan berbicara denganku. Dia tidak pernah duduk di hadapanku melainkan berkata: Dan hari selendang itu di antara keajaiban Tuhan kami, Ketahuilah! Dari negeri kafir Dia menyelamatkan aku. Aisyah berkata: Aku bertanya kepada dia, kenapa kamu tidak sekali pun duduk bersamaku kecuali mengucapkan sedemikian? Maka dia pun menceritakan kepadaku kisah di atas.
(H.R. Bukhari, Kitab al-Solat, Bab wanita yang tidur di dalam masjid, hadith no: 439)
Kisah di atas pula menceritakan tentang seorang wanita yang masuk Islam kemudian dibenarkan oleh Nabi s.a.w untuk dia tinggal di dalam masjid dalam beberapa lama sehingga didirikan khemah yang berbumbung untuknya. Jika wanita itu tinggal di dalam khemah tersebut, sudah pasti sewaktu haid juga dia akan berada di dalam kawasan masjid tetapi ianya hanya di dalam khemah atau rumahnya sahaja yang bukan menjadi tempat orang ramai solat.
6. Ummu ‘Athiyah r.ha berkata: Kami telah diperintahkan (oleh Nabi s.a.w) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: Atau wanita-wanita pingitan. (Ummu ‘Athiyah menyambung) dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (oleh Nabi s.a.w) agar menyaksikan jemaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi musholla.
(H.R. Bukhari, Kitab al-‘Iedain, Bab wanita haid tidak hadir di musholla, hadith no: 981)
Dalam hadith ni mengisahkan Nabi s.a.w memerintahkan supaya orang ramai solat Hari Raya di suatu kawasan lapang, dan kawasan lapang yang dijadikan tempat untuk menunaikan solat ini dipanggil musholla. Wanita-wanita haid dibenarkan dan diminta melihat dan mendengar solat dan dakwah yang disampaikan, namun tidak dibenarkan duduk atau diam tempat solat (musholla) serta menjauhinya.
Imam malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie mengatakan bahawa haram bagi orang yang junub diam di dalam masjid hingga dia mandi atau bertayammum jika tidak ada air atau tidak menggunakan air kerana sesuatu sebab. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 5/174)
Jumhur ulama, di antaranya imam mazhab yang empat, sepakat bahawa wanita yang haid tidak boleh berdiam (al-lubts) di dalam masjid, kerana ada hadith Nabi s.a.w yang mengharamkannya. (Muhammad bin Abdurrahman, Rohmatul Ummah fi Ikhtilaf Al-A’immah, hal 17)
———
Kesimpulan dari ayat Quran dan hadith-hadith yang ditunjukkan di atas ialah:
  1. Orang yang berjunub sama ada keluar mani atau haid tidak dibenarkan duduk atau diam di dalam masjid yakni tempat orang ramai menunaikan solat, kecuali melintasinya atau mempunyai hajat yang sebentar di dalamnya dan cepat-cepat keluar dari situ.
  2. Adapun masjid yang ada pada zaman kini mempunyai beranda, laluan pejalan kaki, ruang legar, kantin, bilik kuliyah atau pejabat yang duduk di bawah satu bumbung masjid, namun ia tidak dijadikan tempat untuk melakukan solat sama ada solat fardhu atau solat Jumaat, maka tempat itu dibenarkan untuk mereka yang berjunub dan wanita haid diam atau duduk di situ.

Kisah Allah menciptakan Jibrail A.S.



Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa, “Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah, “Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?” Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail, “Tidak”. Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.

Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya, “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.

Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah, “Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?” Maka Allah berfirman yang ertinya, “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”. Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.

Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata, “Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”

Maka Allah pun berfirman, “Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.

Sabda Rasulullah, “Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.

Kata Rasulullah lagi, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.

“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.

Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?

KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, “Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah.”

Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, “Aku membuat apa yang aku kehendaki.” Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.

Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Apakah yang membuat kamu menangis?” Lalu mereka menjawab, “Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu.”

Firman Allah bagi bermaksud, “Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku.”
Setelah diusir, maka iblis pun berkata, “Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu.”
Lalu Allah berfirman yang bermaksud, “Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum.”

Berkata lagi iblis, “Tambahkanlah lagi untukku.” Allah berfirman yang maksudnya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya.”
Berkata iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.” Lalu Allah berfirman dengan maksud, “Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah.”
Berkata iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.” Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, “Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki.

Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram.”

“Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka.” (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : “Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan.”

Thursday 22 March 2012

a-10-tion !! Every husband should read this..


~~ every husband should read this~~

Love her...when she sips on your coffee or  tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her...when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her...when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.

Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her...when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.


Love her...when her cooking is bad. She tries.

Love her...when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her...when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her...when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her...when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her...when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.

Love her...when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her...when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her...when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her...when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her...when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her...when she argues. She only wants to make things right for both

Love her...she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

I'm totally agreed !
Treat the women well
The best of you are those who are the best in the treatment of their wives
(^_^)v

Sunday 18 March 2012

10 Amalan Popular Tapi Songsang...


Pernahkan anda bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.   

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-  

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.   Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?  

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.  

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.  

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.  

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.  

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?  

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? (Ini mesti ada tujuan lain!!!).  

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.  

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas.  

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah, kain hamis berbau. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.   Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.   Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.  

 Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)    

Friday 16 March 2012

Makanan Dan Minuman Termahal Di Dunia =.=''

tak terbayang dek akal harga makanan yg terlalu tinggi.. bukannya ratusan ringgit tp boleh mencecah berjuta dolar  =_='...

                                                                             II
                                                                             II
                                                                             II   
                                                                             II   
                                                                     VVVVVV     
                                                                        VVVV
                                                                           VV
                                                                             V

Makanan Dan Minuman Termahal Di Dunia



  • 0
     
Pada Tanggal 7 November 2007,Stephen Bruce memperkenalkan Sundae yang dinamakan “Frozen Haute Chocolate” di Serendipity 3,Manhattan,Amerika Syarikat.Sundae ini memecahkan Rekod Dunia yang baru untuk Makanan Penutup Termahal di dunia,yaitu pada harga $25,000.Sundae ini terbuat daripada 28 buah Coklat, termasuk 14 buah Coklat Termahal di dunia.Sundae ini dihidangkan dengan Gelas yang dilapisi Emas 23 karat seberat 5 gram.Dan bukan hanya itu saja,ada bagian lainnya yang berupa Emas 18 karat,dan juga 1 karat Emas Putih.Sudu untuk menikmati sundae tersebut juga dilapisi dengan Emas bertatahkan Berlian.Sundae tersebut juga dilengkapi dengan Truffle yang sukar ditemui,yang dijual pada harga $2,600
 

                                                         
Westin Hotel di New York’s Time Square,Executive Chef Frank Tujague memperkenalkan Bagel berharga $1,000.Bagel ini dihidangkan dengan Alba White Truffle Cream Cheese yang sangat sukar ditemui dan Goji-Berry-Infused Riesling Jelly.The Alba White Truffle adalah Makanan kedua Termahal di dunia,dan Goji Berry adalah makanan yang kaya dengan Beta-Carotene.

                                                 
                                               
The “Zillion Dollar Frittata” terbuat dari 6 Telur,1 Lobster,10 oz Caviar,Makanan ini berharga US$1,000... fuhhh.. telor ikan pon da USD1000.. kenyang ke? haha




“Martini-On-The-Rock” dari Algoquin Hotel di Manhattan dijual pada harga $10,000.
 
Nino Selimaj memperkenalkan “Luxury Pizza”,yang satu Pan pizza berharga $1,000 dan satu Slice berharga $125.Pizza dengan ukuran 12 inci ini dihidangkan dengan Topping Caviar,Crème Fraiche dan Chives,Serta berbagai macam isi lainnya.Dijual di Nino’s Bellissima di New York,Amerika Syarikat.

  dan yg paling mahal   ---->


                                                               
Pada tahun 2005,FruitCake yang ditaburi dengan lebih dari 233 Berlian dan dibuat oleh 17 Orang Pereka Berlian dipamerkan di Tokyo dalam Acara “Diamonds : Nature’s Miracle” Expo.FruitCake ini dibuat dengan melibatkan 2 chef terkenal dari Tokyo,dan menghabiskan waktu selama 1 bulan untuk merancangnya,dan 6 bulan untuk membuatnya.Fruitcake ini berharga $1,6 juta dollar. 






                                                                 -selamat menjamu selera-   :))
 
                                                      
                                                            
                                            
    





Wednesday 7 March 2012

Salam Permulaan

Kita datang seorang, kita pulangpun seorang, lorong mana yang di pilih, seharusnya lorong yang terang untuk jalan pulang..jangan tersilap pilih lorong kehidupan..jika aku silap tunjuki aku jalan, insyaAllah aku amat berterima kasih, Kau adalah lampuku penyuluh jalan hidupku...tanpamu hidupku gelap.. Salam permulaan ..