Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa iblis
itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada
langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada
langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya
adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit
keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut
Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah
memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, “Adakah Engkau
mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya.
Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah.”
Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, “Aku membuat apa yang aku
kehendaki.” Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka
dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang
berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati
iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat
bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap
angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para
malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak
pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat
indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T
membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang
menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu
seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan
wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua
bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan
dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit,
dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi
melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke
hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya
sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu,
banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan
dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua
itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril
A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Apakah yang
membuat kamu menangis?” Lalu mereka menjawab, “Ya Allah! Kami tidaklah
aman dari tipu dayamu.”
Firman Allah bagi bermaksud, “Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku.”
Setelah diusir, maka iblis pun berkata, “Ya Tuhanku, Engkau telah
mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya
melainkan dengan penguasaan-Mu.”
Lalu Allah berfirman yang bermaksud, “Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum.”
Berkata lagi iblis, “Tambahkanlah lagi untukku.” Allah berfirman yang
maksudnya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu
dilahirkan untukmu dua padanya.”
Berkata iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.” Lalu Allah berfirman
dengan maksud, “Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana
sejalan dengan peredaran darah.”
Berkata iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.” Maka Allah berfirman
lagi yang bermaksud, “Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda
dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi
mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang
berjalan kaki.
Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu
mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram.”
“Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat
perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan
senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai
anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka
dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang
tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka.” (Hal
ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud :
“Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara
engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan
yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan
berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka
melainkan (semata-mata) tipuan.”
No comments:
Post a Comment